Berita Berita
Tiada satu pun pertubuhan Rohingya diluluskan sebagai NGO di Malaysia – RoS
PUTRAJAYA 10 Nov – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menegaskan pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang pendaftaran pertubuhan Rohingya sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
Penegasan itu dibuat susulan persoalan yang dibangkitkan di media sosial mengenai status sebuah pertubuhan dikenali sebagai Rohingya Society Malaysia (RSM) yang didakwa beroperasi tanpa pendaftaran sah.
RoS menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, setiap permohonan pendaftaran pertubuhan perlu melalui proses penelitian dan penilaian oleh Pendaftar Pertubuhan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).
Menurutnya, pemohon yang memenuhi syarat asas pendaftaran tidak semestinya memperoleh kelulusan secara automatik kerana keputusan akhir tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa berkenaan.
"Pemenuhan syarat asas permohonan tidak bermakna sesuatu pertubuhan akan mendapat kelulusan pendaftaran secara automatik.
"Sebaliknya, setiap permohonan tertakluk kepada proses penelitian dan pertimbangan Pendaftar Pertubuhan, sebelum keputusan dibuat," menurut kenyataan itu.
RoS menjelaskan, antara syarat asas yang perlu dipenuhi termasuk mempunyai sekurang-kurangnya tujuh ahli, perlembagaan pertubuhan yang lengkap, pemegang jawatan yang sah serta mengemukakan permohonan melalui sistem eROSES.
Katanya, setiap permohonan akan melalui proses semakan dokumen dan maklumat sebelum dinilai berdasarkan peruntukan undang-undang berkaitan bagi menentukan kelayakan pendaftaran.
"Proses pendaftaran bermula dengan pengemukaan permohonan melalui sistem berkenaan, diikuti semakan dokumen dan maklumat, sebelum dinilai berdasarkan peruntukan Akta 832. Keputusan kelulusan pendaftaran kemudiannya dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, RoS menasihatkan orang ramai supaya merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat tepat dan tidak menyebarkan dakwaan yang belum disahkan.
Terdahulu, seorang pengguna Threads menerusi akaun x_.tw9 membangkitkan persoalan mengenai status pendaftaran RSM yang didakwa tidak sah.
Pengguna berkenaan turut mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan laporan polis yang pernah dibuat terhadap pertubuhan itu pada 2020.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendaftaran pertubuhan boleh melayari portal rasmi eROSES di www.eroses.gov.my.
Berita berkaitan
November 10, 2026, 8:13 pm
'Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal politik hingga rakyat hilang keyakinan' – Saifuddin
November 10, 2026, 6:34 pm
Najib lega akhirnya dibenar jalani tahanan rumah selepas lama menunggu
November 10, 2026, 6:10 pm
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib
November 10, 2026, 5:24 pm
Najib jalani tahanan rumah petang ini, Mahkamah Tinggi keluar perintah baharu
November 10, 2026, 4:31 pm
Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa
November 10, 2026, 4:21 pm
Ganti kereta mainan rosak: Kanak-kanak terima RM50 daripada PM Anwar beli mainan baharu
November 10, 2026, 4:16 pm
Merusuh guna senjata di kafe Sungai Besi: 7 lelaki termasuk remaja mengaku tidak bersalah
November 10, 2026, 4:10 pm
