Berita Berita
Ganti kereta mainan rosak: Kanak-kanak terima RM50 daripada PM Anwar beli mainan baharu
KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Kanak-kanak yang tular dipujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menangis akibat kereta mainan kesayangannya patah dilaporkan sudah menggunakan wang RM50 yang diterimanya untuk membeli mainan baharu.
Kegembiraan kanak-kanak bernama Mateen itu dikongsi oleh pemilik akaun Threads @heylyzarashid, yang memaklumkan bahawa anak saudaranya itu terus membeli kereta mainan jenis kecil yang boleh bertukar menjadi robot di sebuah reruai pada hari kejadian.
Hantaran berkenaan turut memaparkan sekeping kertas tertera pesanan ringkas bertulis "Terima kasih atok. Mateen sayang atok", bersama gambar kereta mainan lama Mateen serta sekeping wang tunai RM50.
Perdana Menteri menerusi balasan hantaran itu menitipkan pesanan mesra mendoakan kesejahteraan Mateen agar menjadi anak yang soleh, menyayangi serta mendengar cakap ibu bapa, dan belajar dengan rajin.
Terdahulu, gelagat spontan Anwar menghulurkan wang RM50 untuk membolehkan Mateen membeli mainan pengganti yang lebih cantik dan besar bagi menggantikan mainan yang rosak mencuri perhatian ramai serta tular di media sosial. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 10, 2026, 8:13 pm
'Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal politik hingga rakyat hilang keyakinan' – Saifuddin
November 10, 2026, 7:44 pm
Tiada satu pun pertubuhan Rohingya diluluskan sebagai NGO di Malaysia – RoS
November 10, 2026, 6:34 pm
Najib lega akhirnya dibenar jalani tahanan rumah selepas lama menunggu
November 10, 2026, 6:10 pm
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib
November 10, 2026, 5:24 pm
Najib jalani tahanan rumah petang ini, Mahkamah Tinggi keluar perintah baharu
November 10, 2026, 4:31 pm
Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa
November 10, 2026, 4:16 pm
Merusuh guna senjata di kafe Sungai Besi: 7 lelaki termasuk remaja mengaku tidak bersalah
November 10, 2026, 4:10 pm
