TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 10 Nov – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta hari ini, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Loke menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi menunaikan pendirian yang telah diumumkannya pada Jumaat lalu berhubung kedudukannya dalam Kabinet.

"Ini adalah selaras dengan pendirian yang diumumkan pada Jumaat lalu iaitu peletakan jawatan saya sebagai Menteri Pengangkutan," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mengeluarkan perintah pelepasan baharu yang menggantikan perintah terdahulu bertarikh 6 November lalu.

+ - reset