Berita Berita
Merusuh guna senjata di kafe Sungai Besi: 7 lelaki termasuk remaja mengaku tidak bersalah
KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Seramai tujuh lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merusuh menggunakan senjata di hadapan sebuah kafe di Desa Tun Razak, Sungai Besi, minggu lepas.
Kesemua tertuduh iaitu Iftikhar Muhammad Rehmani Mohd Rafie, 30; Danny Chan Tim Meng, 20; Yee Jun Jiet, 20; Khaw Kah Ho, 19; Mohd Quayyum Azman, 43; Syaiful Kamal Abdulahak, 44; serta seorang remaja lelaki didakwa bersama-sama seorang lagi individu yang masih bebas menyertai rusuhan sambil membawa senjata dalam kejadian pada jam 11 malam, 1 November lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim membenarkan remaja terbabit diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin, manakala enam tertuduh lain dibenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.
Kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan perniagaan yang membawa kepada penahanan sembilan individu termasuk seorang wanita oleh anggota URB Balai Polis Sungai Besi dan IPD Cheras, manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Disember depan bagi serahan dokumen. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 10, 2026, 8:13 pm
'Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal politik hingga rakyat hilang keyakinan' – Saifuddin
November 10, 2026, 7:44 pm
Tiada satu pun pertubuhan Rohingya diluluskan sebagai NGO di Malaysia – RoS
November 10, 2026, 6:34 pm
Najib lega akhirnya dibenar jalani tahanan rumah selepas lama menunggu
November 10, 2026, 6:10 pm
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib
November 10, 2026, 5:24 pm
Najib jalani tahanan rumah petang ini, Mahkamah Tinggi keluar perintah baharu
November 10, 2026, 4:31 pm
Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa
November 10, 2026, 4:21 pm
Ganti kereta mainan rosak: Kanak-kanak terima RM50 daripada PM Anwar beli mainan baharu
November 10, 2026, 4:10 pm
