TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

AMK Sabah desak PM buat rombakan Kabinet, nilai kedudukan Menteri UMNO

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU, 11 Nov. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mempertimbangkan rombakan Kabinet secara tegas, termasuk menilai semula kedudukan menteri-menteri UMNO sekiranya parti itu terus mengambil pendirian bercanggah dengan Kerajaan Madani.

Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan bukan tempat untuk menikmati kuasa dan jawatan sambil menyerang kerajaan sendiri demi kepentingan politik kepartian.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Sabah membangkitkan isu desakan pemimpin UMNO pada September 2026 agar PRU16 dipercepatkan, selain teguran Perdana Menteri pada 5 November lalu berhubung tindakan pemimpin parti kerajaan yang menyerang pentadbiran ketika berkempen.

Zaidi turut menambah bahawa ketegangan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memperlihatkan cabaran terhadap keutuhan kerjasama politik, sambil menegaskan bahawa kesetiaan kepada kerajaan mesti dibuktikan melalui tindakan dan bukannya sekadar kenyataan.

Sehubungan itu, AMK Sabah menegaskan Perdana Menteri tidak perlu teragak-agak melakukan rombakan Kabinet demi mengutamakan kepentingan rakyat serta kestabilan pentadbiran berbanding kompromi politik tanpa penghujung.

+ - reset