TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja 13 tahun antara ditahan berlumba, JPJ Selangor sita 19 motosikal di Dataran Shah Alam

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 11 Nov. – Seorang remaja berusia 13 tahun merupakan antara empat penunggang bawah umur yang dikesan berlumba serta melakukan pelbagai aksi berbahaya dalam Ops Motosikal Ekstrem di Dataran Shah Alam, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat memaklumkan bahawa operasi selama empat hari dari 6 hingga 9 Oktober lalu itu dijalankan bagi membanteras kegiatan lumba haram serta pengubahsuaian motosikal secara ekstrem yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 30 motosikal telah diperiksa dengan 19 daripadanya disita, manakala seramai 24 individu dikenakan tindakan termasuk dua individu mengikut Seksyen 42A(2) yang membawa kepada tindakan sitaan dan pendakwaan di mahkamah.

Ahmad Kamarunzaman menjelaskan bahawa kesalahan paling banyak dikesan melibatkan pengubahsuaian ekstrem seperti ekzos bising, ketiadaan sistem brek belakang, penggunaan tayar tidak mengikut saiz, pengubahsuaian lengan ayun (swing arm), serta tidak mempamerkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi.

Beliau menambah, cubaan beberapa penunggang untuk melarikan diri berjaya digagalkan pegawai JPJ bertugas, dan menasihati golongan muda supaya menyalurkan minat permotoran ke arah positif serta menjauhi lumba haram demi keselamatan bersama.

+ - reset