TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Jika tidak puas hati, letak jawatan' — Anthony Loke cabar menteri BN keluar Kabinet

By
|
Kongsi
image

MELAKA, 11 Nov. – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kerap mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan supaya berpegang kepada prinsip dengan melepaskan jawatan daripada Kabinet.

Dalam penampilan awam pertamanya di satu ceramah malam tadi selepas melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, Loke melepaskan teguran terbuka berhubung sikap segelintir menteri yang mengkritik kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi masih kekal berada dalam kerajaan serta menghadiri mesyuarat Kabinet.

Beliau turut mempersoalkan tindakan parti berkenaan yang kerap membangkitkan isu peruntukan kementerian dan mendesak pembubaran Parlimen, sambil menggesa pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar memberi mesej tegas berhubung perkara tersebut.

Meskipun tidak memetik mana-mana nama, kenyataan Ahli Parlimen Seremban itu dipercayai merujuk kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyuarakan pandangan bahawa pembubaran Parlimen adalah lebih baik berbanding pelaksanaan rombakan Kabinet.

Terdahulu, Loke bertindak meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta selaras dengan pendirian berprinsip beliau susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, namun memberi jaminan bahawa semua Ahli Parlimen DAP akan terus menyokong penuh Anwar sebagai Perdana Menteri.

+ - reset