Berita Berita
Anthony Loke hadir perhimpunan bulanan MOT kali terakhir selepas peletakan jawatan berkuat kuasa
PUTRAJAYA, 11 Nov. – Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) buat kali terakhir hari ini susulan peletakan jawatannya yang berkuat kuasa malam tadi.
Peletakan jawatan Ahli Parlimen Seremban itu berkuat kuasa sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya bagi menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
Ketibaan beliau di perhimpunan berkenaan disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan.
Dalam pada itu, Loke turut menghadiri Majlis Cahaya MADANI sempena sambutan Deepavali yang dianjurkan kementerian berkenaan, sekali gus menjadi antara penampilan terakhirnya bersama warga MOT dalam suasana mesra serta harmoni.
Terdahulu, Loke dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu berikutan keputusan Lembaga Pengampunan yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 11, 2026, 10:35 am
Hukuman tahanan rumah perlu undang-undang adil - Mat Sabu
November 11, 2026, 10:13 am
Berang ditegur potong barisan, lelaki pukul dan ugut pelanggan kedai serbaneka
November 11, 2026, 10:10 am
Remaja 13 tahun antara ditahan berlumba, JPJ Selangor sita 19 motosikal di Dataran Shah Alam
November 11, 2026, 9:50 am
'Jika tidak puas hati, letak jawatan' — Anthony Loke cabar menteri BN keluar Kabinet
November 11, 2026, 9:43 am
AMK Sabah desak PM buat rombakan Kabinet, nilai kedudukan Menteri UMNO
November 10, 2026, 10:46 pm
'Tanpa perubahan, kita akan ketinggalan' - Faiz Fadzil mahu LKIM terus relevan selepas 55 tahun
November 10, 2026, 8:13 pm
