Berita Berita
Berang ditegur potong barisan, lelaki pukul dan ugut pelanggan kedai serbaneka
SUNGAI BULOH, 11 Nov. – Berang akibat ditegur kerana memotong barisan ketika mahu membuat pembayaran, seorang lelaki bertindak memukul dan mengugut pelanggan di sebuah kedai serbaneka di Mutiara Subang di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang mendatangkan kecederaan serta ugutan jenayah terhadap mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan.
Siasatan awal mendapati suspek terus menyerang dan mengugut mangsa sejurus ditegur, sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menunggang sebuah motosikal.
Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi satu rakaman video yang dimuat naik oleh individu dipercayai mangsa yang menceritakan detik diserang suspek.
Mohd Hafiz memaklumkan kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dijalankan.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Shamie Yosup di talian 013-6463069, IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 11, 2026, 10:48 am
Anthony Loke hadir perhimpunan bulanan MOT kali terakhir selepas peletakan jawatan berkuat kuasa
November 11, 2026, 10:35 am
Hukuman tahanan rumah perlu undang-undang adil - Mat Sabu
November 11, 2026, 10:10 am
Remaja 13 tahun antara ditahan berlumba, JPJ Selangor sita 19 motosikal di Dataran Shah Alam
November 11, 2026, 9:50 am
'Jika tidak puas hati, letak jawatan' — Anthony Loke cabar menteri BN keluar Kabinet
November 11, 2026, 9:43 am
AMK Sabah desak PM buat rombakan Kabinet, nilai kedudukan Menteri UMNO
November 10, 2026, 10:46 pm
'Tanpa perubahan, kita akan ketinggalan' - Faiz Fadzil mahu LKIM terus relevan selepas 55 tahun
November 10, 2026, 8:13 pm
