Berita Berita
Hukuman tahanan rumah perlu undang-undang adil - Mat Sabu
JASIN, 11 Nov. – Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa agar satu mekanisme perundangan diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan separuh lagi melalui tahanan rumah tertakluk kepada peraturan yang adil, telus, serta terpakai kepada semua.
Beliau menegaskan bahawa prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang tidak boleh dikompromi atas faktor kedudukan, pengaruh politik, mahupun hubungan kekeluargaan demi mengelakkan amalan sistem keadilan dua darjat di negara ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar khas di Merlimau pada Rabu, Mohamad menjelaskan pendirian berkenaan tidak berpunca daripada sebarang pertikaian peribadi dengan Datuk Seri Najib Razak atau keluarganya, sebaliknya berasaskan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
Sehubungan itu, beliau menyeru badan bukan kerajaan (NGO), pengamal undang-undang, serta masyarakat sivil untuk memperjuangkan mekanisme berkenaan bagi menjamin hak yang saksama kepada seluruh warganegara.
Sebagai bukti komitmen, Mohamad turut menyatakan kesediaan untuk menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membantu membiayai usaha NGO yang menggerakkan perjuangan tersebut. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 11, 2026, 10:48 am
Anthony Loke hadir perhimpunan bulanan MOT kali terakhir selepas peletakan jawatan berkuat kuasa
November 11, 2026, 10:13 am
Berang ditegur potong barisan, lelaki pukul dan ugut pelanggan kedai serbaneka
November 11, 2026, 10:10 am
Remaja 13 tahun antara ditahan berlumba, JPJ Selangor sita 19 motosikal di Dataran Shah Alam
November 11, 2026, 9:50 am
'Jika tidak puas hati, letak jawatan' — Anthony Loke cabar menteri BN keluar Kabinet
November 11, 2026, 9:43 am
AMK Sabah desak PM buat rombakan Kabinet, nilai kedudukan Menteri UMNO
November 10, 2026, 10:46 pm
'Tanpa perubahan, kita akan ketinggalan' - Faiz Fadzil mahu LKIM terus relevan selepas 55 tahun
November 10, 2026, 8:13 pm
