Berita Berita
PRN Melaka: 'Ashraf Minghat ada pengalaman mendidik dan mentadbir' - Faiz Fadzil mahu rakyat Durian Tunggal rasai manfaat
MELAKA 11 Nov – Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat disifatkan mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman pentadbiran yang boleh dimanfaatkan untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Ashraf yang merupakan graduan Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian agama serta pernah berkhidmat sebagai guru mempunyai pengalaman mendidik dan membimbing masyarakat.
Menurut pemimpin AMANAH itu, pengalaman berkenaan membentuk karakter Ashraf yang diyakininya mampu membantu beliau mendekati penduduk serta memahami keperluan pengundi di Durian Tunggal.
"Dato' Ashraf adalah seorang yang telah mendapat ijazah dalam bidang lulusan agama Universiti Al-Azhar. Pernah berkhidmat sebagai seorang guru. Ini merupakan salah satu indikasi bahawa beliau mempunyai satu karakter yang sangat baik," katanya ketika ditemui dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.
Muhammad Faiz berkata, pengalaman Ashraf sebagai bekas Setiausaha Politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Adly Zahari turut memberikan kelebihan dari segi pemahaman terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau turut menyatakan sokongan terhadap pencalonan Ashraf dan menyifatkan kemenangan calon itu sebagai penting kepada usaha PH membentuk kerajaan negeri pada PRN 14 November ini.
Menurutnya, PH berhasrat memastikan pentadbiran kerajaan negeri selari dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan penyelarasan dasar serta perancangan pembangunan di Melaka.
"Kita mahu sebuah kerajaan negeri yang selaras dengan Kerajaan Persekutuan supaya pembangunan di Melaka ini dapat diteruskan dan dirancang tanpa ada apa-apa isu yang berbangkit," katanya.
Muhammad Faiz turut membangkitkan rekod pentadbiran PH sebelum ini, termasuk inisiatif perumahan untuk golongan B40 dan anak muda yang diperkenalkan ketika Adly menerajui kerajaan negeri.
Beliau berkata, dasar berkenaan antara perkara yang ingin diteruskan sekiranya PH kembali mentadbir Melaka.
"Sebab itu, kemenangan Ashraf sangat penting untuk menjadikan satu polisi kepada pakatan harapan," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
November 11, 2026, 10:48 am
Anthony Loke hadir perhimpunan bulanan MOT kali terakhir selepas peletakan jawatan berkuat kuasa
November 11, 2026, 10:35 am
Hukuman tahanan rumah perlu undang-undang adil - Mat Sabu
November 11, 2026, 10:13 am
Berang ditegur potong barisan, lelaki pukul dan ugut pelanggan kedai serbaneka
November 11, 2026, 10:10 am
Remaja 13 tahun antara ditahan berlumba, JPJ Selangor sita 19 motosikal di Dataran Shah Alam
November 11, 2026, 9:50 am
'Jika tidak puas hati, letak jawatan' — Anthony Loke cabar menteri BN keluar Kabinet
November 11, 2026, 9:43 am
AMK Sabah desak PM buat rombakan Kabinet, nilai kedudukan Menteri UMNO
November 10, 2026, 10:46 pm
'Tanpa perubahan, kita akan ketinggalan' - Faiz Fadzil mahu LKIM terus relevan selepas 55 tahun
November 10, 2026, 8:13 pm
