Berita Berita
Hanya Selangor, Kedah pinda umur minimum nikah 18 tahun — Nancy Shukri
KUALA LUMPUR, 11 Nov. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan bahawa setakat ini hanya Selangor dan Kedah yang telah meminda peruntukan perundangan berkaitan umur minimum perkahwinan bagi umat Islam kepada 18 tahun.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa had usia perkahwinan di negeri-negeri lain tertakluk kepada pertimbangan serta proses perundangan di bawah bidang kuasa hal ehwal undang-undang Islam negeri masing-masing.
Beliau menambah, usaha bagi menyelaraskan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun perlu diteruskan secara berperingkat menerusi kerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Nancy turut berkongsi statistik yang menunjukkan jumlah perkahwinan membabitkan pasangan berusia 18 tahun ke bawah meningkat kepada 1,361 kes pada tahun 2024 berbanding 933 kes pada tahun 2023, merangkumi perkahwinan sivil, syariah, dan adat.
Peningkatan ketara itu dilaporkan disumbangkan oleh pengumpulan data yang lebih teratur, khususnya dari Sarawak melalui koordinasi pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 11, 2026, 9:06 pm
Harga RON97 turun 50 sen, RON95 turun 40 sen
November 11, 2026, 6:05 pm
Kipas gergasi jatuh ketika solat di KLIA, ibu sakit kepala, anak trauma mahu tidur
November 11, 2026, 5:19 pm
Restoran 'nazak' kurang pekerja, kerajaan percepat pengambilan 15,000 pekerja asing
November 11, 2026, 5:09 pm
'Letak jawatan bukan sebab berprinsip, itu tanda protes” – Tok Mat kritik Anthony Loke
November 11, 2026, 2:16 pm
Protes pengampunan Najib dikira menderhaka kepada Agong — Zahid
November 11, 2026, 2:07 pm
Rombak Kabinet lebih wajar berbanding bubar Parlimen — Tun Faisal
November 11, 2026, 2:03 pm
Kanak-kanak 9 tahun lemas disambar buaya di Pulau Banggi
November 11, 2026, 1:54 pm
Keluarga tak dibenar tinggal bersama, Rosmah di Pavilion — Nurulhidayah perinci aturan tahanan rumah Najib
November 11, 2026, 1:42 pm
DBKL tambah 200 kamera badan tingkat ketelusan penguatkuasaan
November 11, 2026, 1:33 pm
