TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Belum ada calon pengganti diserah kepada PM, Loke fokus tugas parti

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 11 Nov. – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memaklumkan bahawa parti berkenaan belum membincangkan calon bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Pengangkutan susulan peletakan jawatan beliau yang berkuat kuasa semalam.

Loke menegaskan perkara tersebut diserahkan sepenuhnya kepada bidang kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diputuskan, dan sebarang perbincangan lanjut berhubung pengisian kerusi Kabinet itu akan diadakan kelak.

Bercakap selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis sambutan Deepavali hari ini, beliau menjelaskan fokus utamanya kini adalah untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung DAP serta peranan sebagai Ahli Parlimen, di samping kekal menyokong Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengulas soalan berhubung perancangan untuk kembali menganggotai Kabinet selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Ahli Parlimen Seremban itu menyatakan perkara berkenaan hanya akan dijawab selepas pilihan raya berlangsung.

Terdahulu, Loke mengesahkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta malam tadi sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya bagi menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah, susulan surat peletakan jawatan yang diserahkan kepada Perdana Menteri pada 28 September lalu. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset