TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM kecam insiden serangan ke atas anggota polis di Kepong, doa diberi kesembuhan segera

By
|
Kongsi
image

PM mengecam serangan ke atas anggota polis di Kepong, gesa tindakan tegas

KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras insiden serangan ke atas seorang anggota polis yang terputus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing di Kepong, petang semalam.

Anwar menegaskan bahawa sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutamanya terhadap anggota penguat kuasa yang sedang bertugas melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Perdana Menteri mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pelaku jenayah demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan petugas keselamatan.

Beliau turut mendoakan agar anggota polis terbabit segera diberi kesembuhan dan pulih daripada kecederaan yang dialami.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan anggota polis terbabit kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset