TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Jangan tunggu, tembak jika ada ancaman' — Polis KL perketat kawalan susulan insiden serang anggota polis

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengarahkan seluruh pegawai dan anggotanya supaya sentiasa bersiap sedia serta bertindak tegas tanpa sebarang keraguan, termasuk melepaskan tembakan jika berdepan ancaman keselamatan ketika bertugas.

Fadil menegaskan, beliau tidak mahu insiden serangan ganas yang berlaku di Gombak berulang ke atas mana-mana anggota barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur.

Menerusi arahan yang disiarkan di laman rasmi Facebook Polis KL, beliau mengingatkan setiap elemen di lapangan untuk sentiasa menilai situasi, menyediakan senjata api, dan mengambil tindakan serta-merta sekiranya wujud sebarang kerisauan mahupun ancaman keselamatan.

Tindakan berani itu ditekankan sebagai keutamaan bagi menjaga keselamatan nyawa pegawai serta anggota polis sewaktu melaksanakan amanah menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman awam.

Kenyataan keras itu dibuat susulan insiden seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Gombak yang terputus pergelangan tangan kanan ditetak lelaki warga asing di Kepong, di mana suspek kemudiannya maut ditembak polis selepas cuba menyerang semula pihak berkuasa. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset