TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tony Pua didakwa hina Agong, UMNO desak ambil tindakan

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 12 Nov. – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang didakwa mempersendakan dan mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa hantaran pemimpin DAP itu di media sosial turut mengundang ribuan komen yang menghina institusi Raja Berdaulat.

Beliau mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan Peguam Negara yang disifatkan masih berdiam diri berhubung kenyataan biadap berkenaan.

Tambah Asyraf Wajdi, kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berisiko memberi isyarat salah bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri gentar untuk bertindak terhadap DAP, sekali gus berpotensi mencetuskan kemarahan masyarakat Melayu.

Beliau turut mengingatkan bahawa ini bukan kali pertama Tony Pua mempertikaikan titah Sultan Selangor berkaitan Rukun Negara, lalu menyifatkan kebiadapan berulang itu tidak boleh dimaafkan dan mesti dikenakan tindakan undang-undang. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset