TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerjasama BN-PN di PRN Melaka lebih mantap berbanding Negeri Sembilan — Tuan Ibrahim

By
|
Kongsi
image

HANG TUAH JAYA, 12 Nov. – Kerjasama jentera dan penyokong antara Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan jauh lebih baik berbanding ketika PRN Negeri Sembilan sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keserasian itu terbukti sejak hari penamaan calon apabila petugas dari kedua-dua gabungan, termasuk jentera PAS dari negeri luar, bergerak sebagai satu pasukan membantu calon satu sama lain di kawasan masing-masing.

Bercakap selepas menghadiri Ceramah Grand Finale PN & BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput malam tadi, beliau menyifatkan pengalaman petugas Melaka yang sebelum ini turun membantu kempen di Negeri Sembilan turut menyumbang kepada kelancaran penyelarasan tersebut.

Mengulas potensi pemindahan undi, Tuan Ibrahim optimis gabungan undi putih penyokong BN dan PN mampu direalisasikan memandangkan gerak kerja kini telah diperhalusi kepada sasaran pengundi secara khusus, bukan lagi sekadar kempen umum.

Beliau turut berpuas hati dengan momentum sokongan semasa, namun mengingatkan seluruh jentera parti agar terus komited membawa pengundi keluar mengundi dan tidak mengambil mudah perkembangan tersebut sehingga hari pengundian berakhir. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset