TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Saifuddin arah siasatan menyeluruh serangan anggota polis di Kepong, tegas tak kompromi warga asing

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang berhubung insiden serangan warga asing terhadap anggota polis di Kepong.

Menterinya menegaskan bahawa perbuatan ganas terhadap anggota penguat kuasa yang sedang melaksanakan amanah menjaga keselamatan rakyat tidak boleh diterima sama sekali dan tiada sebarang kompromi akan diberikan tanpa mengira kewarganegaraan pelaku.

KDN turut memperingatkan seluruh masyarakat, khususnya warga asing di negara ini, supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, selain menekankan bahawa sebarang ketidakpuasan hati tidak boleh dijadikan alasan untuk bertindak ganas.

Menerusi kenyataan berkenaan, beliau meluahkan rasa kesal dan sedih atas insiden tragis itu sambil mendoakan kesembuhan segera buat anggota polis terbabit yang tercedera ketika menjalankan tugas.

Pihak kementerian turut merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh warga PDRM atas keberanian serta dedikasi berterusan dalam mempertahankan ketenteraman dan keselamatan negara. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset