Berita Berita
Ketua AMK gesa Ahmad Zahid undur sebagai TPM jika tidak sehaluan dengan kerajaan
TANGGA BATU, 13 Nov. – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menggesa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri secara terhormat sekiranya beliau tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada satu program makan malam di Bukit Rambai malam tadi, Muhammad Kamil berkata, tindakan berundur itu wajar dilakukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) tersebut demi menjaga maruah, selain menyifatkan terdapat ramai lagi pemimpin kanan BN yang berkelayakan menggantikan beliau termasuk Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mengulas sama ada Perdana Menteri perlu memecat Ahmad Zahid, beliau menjelaskan bahawa pelantikan atau penggantian jawatan tersebut adalah hak prerogatif Anwar sepenuhnya, namun berpendapat tindakan pemecatan tidak perlu dilakukan sekiranya Ahmad Zahid memilih untuk berundur secara sukarela.
Gesaan itu menyusul selepas Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo turut mencabar Ahmad Zahid melepaskan jawatan nombor dua dalam pentadbiran negara sekiranya hilang keyakinan terhadap kerajaan sedia ada, berbanding mendesak pembubaran Parlimen lebih awal.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan bahawa tidak timbul sebarang isu menteri daripada BN tidak menyokong kepimpinan Anwar di peringkat Persekutuan, sambil menjelaskan kesemua menteri BN sentiasa bersetuju dengan dasar Kerajaan Perpaduan sepanjang mesyuarat Jemaah Menteri.
Menurut beliau, perbezaan pendirian politik di peringkat negeri khususnya ketika menghadapi pilihan raya merupakan hak parti masing-masing dan tidak seharusnya dikaitkan dengan komitmen sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 14, 2026, 1:38 am
Ibu ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting
November 13, 2026, 10:33 pm
Pijak al-Quran gara-gara berang dikritik netizen, Vikneswaran dipenjara 12 bulan, denda RM250,000
November 13, 2026, 10:04 pm
‘Macam ambil wuduk sebelum solat, ahli Pas wajib undi calon BN, PN’ – Hadi Awang
November 13, 2026, 7:41 pm
UMNO beri DAP empat pilihan, bubar Parlimen jika kerjasama politik berakhir
November 13, 2026, 6:47 pm
Anggota polis ditetak di Kepong tunjuk perkembangan positif, sudah mampu gerakkan jari — Fahmi
November 13, 2026, 6:40 pm
RoS tidak pernah luluskan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti Rohingya
November 13, 2026, 6:33 pm
JPN Pulau Pinang siasat dakwaan pelajar Tingkatan Lima ditampar guru hingga enggan duduki SPM
November 13, 2026, 6:28 pm
Anak perempuan MB Kedah dirawat di ICU akibat kemalangan, mungkin terlepas peperiksaan SPM
November 13, 2026, 6:12 pm
