Berita Berita
Pesara guru didakwa 17 pertuduhan amang seksual terhadap tujuh pelajar perempuan
TELUK INTAN, 13 Nov. – Seorang pesara guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun sepanjang tahun 2024 dan 2025.
Tertuduh, Zaidi Abbas, 56, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rafidah Che Aziz.
Mengikut pertuduhan, tertuduh selaku individu yang mempunyai hubungan amanah sebagai guru ketika kejadian didakwa melakukan perbuatan itu bagi maksud seksual terhadap kesemua mangsa antara Mei 2024 hingga 7 Julai 2025.
Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di bilik khas dan kantin sebuah sekolah menengah di Langkap, selain di dalam sebuah kenderaan di sekitar kawasan terbabit serta ketika dalam perjalanan pulang dari Teluk Intan.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, serta penjara tambahan sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan menawarkan jaminan sebanyak RM70,000 bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Bagaimanapun, peguam Koh Shean Wai memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM1,000 bagi setiap pertuduhan atas alasan anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU) berpendapatan sekitar RM4,000 sebulan yang perlu menanggung isteri, ibu, serta empat anak yang masih bersekolah.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan, selain menetapkan 14 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 14, 2026, 1:38 am
Ibu ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting
November 13, 2026, 10:33 pm
Pijak al-Quran gara-gara berang dikritik netizen, Vikneswaran dipenjara 12 bulan, denda RM250,000
November 13, 2026, 10:04 pm
‘Macam ambil wuduk sebelum solat, ahli Pas wajib undi calon BN, PN’ – Hadi Awang
November 13, 2026, 7:41 pm
UMNO beri DAP empat pilihan, bubar Parlimen jika kerjasama politik berakhir
November 13, 2026, 6:47 pm
Anggota polis ditetak di Kepong tunjuk perkembangan positif, sudah mampu gerakkan jari — Fahmi
November 13, 2026, 6:40 pm
RoS tidak pernah luluskan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti Rohingya
November 13, 2026, 6:33 pm
JPN Pulau Pinang siasat dakwaan pelajar Tingkatan Lima ditampar guru hingga enggan duduki SPM
November 13, 2026, 6:28 pm
Anak perempuan MB Kedah dirawat di ICU akibat kemalangan, mungkin terlepas peperiksaan SPM
November 13, 2026, 6:12 pm
