Berita Berita
Lelaki Rohingya didenda RM3,500 guna MyKad individu lain daftar Touch n Go
BUTTERWORTH, 13 Nov. – Seorang lelaki etnik Rohingya dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan milik individu lain bagi tujuan pendaftaran kad Touch n Go.
Tertuduh, Ajimul Khan Shafiullah, 41, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal, yang turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sambilan didakwa menggunakan kad pengenalan milik S Ganesan tanpa kuasa sah untuk mendaftar penggunaan kad Touch n Go di Jalan Bertam 2, Kepala Batas pada jam 4 petang, 3 November lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) di hadapan Blok B, Apartment Sri Kotong, Batu Caves, Selangor pada hari yang sama sebelum pemeriksaan telefon bimbitnya mendedahkan pendaftaran akaun tersebut menggunakan identiti mangsa tanpa kebenaran.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Oppo A78, sekeping kad Touch n Go, serta sepucuk surat daripada pihak pengendali kad terbabit atas nama S Ganesan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, peguam tertuduh, Ahmad Faris Khairudin merayu hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga berpendapatan sekitar RM1,200 sebulan dengan empat anak serta isteri yang tidak bekerja, selain mendakwa menggunakan khidmat ejen tanpa mengetahui peraturan negara.
Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran, sebelum tertuduh dilaporkan telah menjelaskan bayaran denda tersebut selepas prosiding berakhir. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 14, 2026, 1:38 am
Ibu ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting
November 13, 2026, 10:33 pm
Pijak al-Quran gara-gara berang dikritik netizen, Vikneswaran dipenjara 12 bulan, denda RM250,000
November 13, 2026, 10:04 pm
‘Macam ambil wuduk sebelum solat, ahli Pas wajib undi calon BN, PN’ – Hadi Awang
November 13, 2026, 7:41 pm
UMNO beri DAP empat pilihan, bubar Parlimen jika kerjasama politik berakhir
November 13, 2026, 6:47 pm
Anggota polis ditetak di Kepong tunjuk perkembangan positif, sudah mampu gerakkan jari — Fahmi
November 13, 2026, 6:40 pm
RoS tidak pernah luluskan pendaftaran pertubuhan berkaitan komuniti Rohingya
November 13, 2026, 6:33 pm
JPN Pulau Pinang siasat dakwaan pelajar Tingkatan Lima ditampar guru hingga enggan duduki SPM
November 13, 2026, 6:28 pm
Anak perempuan MB Kedah dirawat di ICU akibat kemalangan, mungkin terlepas peperiksaan SPM
November 13, 2026, 6:12 pm
