Berita Berita
KPN dedah hampir 100,000 warga asing ditahan dalam tempoh 3 tahun, kes jenayah meningkat
KUALA LUMPUR 14 Nov – Hampir 100,000 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara sepanjang tempoh 2024 hingga September 2026, dengan jumlah tangkapan tahunan menunjukkan peningkatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, sebanyak 96,844 tangkapan direkodkan dalam tempoh berkenaan, termasuk 33,136 individu pada 2024 dan 36,740 orang pada 2025.
Menurutnya, jumlah tangkapan pada 2025 meningkat sebanyak 3,604 kes atau 10.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 26,968 tangkapan warga asing yang terbabit dalam kesalahan jenayah direkodkan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah membabitkan warga asing di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Khalid berkata, PDRM turut memperkukuh kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan menerusi operasi bersepadu, perkongsian maklumat risikan serta pelaksanaan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.
Beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan jenayah, tanpa mengira latar belakang atau kewarganegaraan.
"Komitmen kami adalah melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara tegas dan berterusan terhadap mana-mana individu, termasuk warga asing yang didapati terbabit dalam kegiatan jenayah di negara ini.
"Dalam tindakan ini, PDRM berpegang teguh kepada prinsip kesamarataan di sisi undang-undang kepada semua tanpa mengira status, kedudukan atau kewarganegaraan adalah tertakluk kepada undang-undang negara," katanya.
Menurutnya, sebarang pelanggaran undang-undang akan ditangani melalui tindakan penguatkuasaan tegas dan berterusan selaras dengan peruntukan perundangan yang sedang berkuat kuasa.
Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai supaya terus memainkan peranan sebagai rakan strategik pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah.
Katanya, kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu usaha pencegahan jenayah, selain memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
Berita berkaitan
November 15, 2026, 12:20 am
Anwar ucap tahniah kepada BN, kerajaan Persekutuan sedia terus kerjasama bangunkan Melaka
November 14, 2026, 10:16 pm
PRN Melaka: ‘Hatrik’ tiga kemenangan berturut-turut bukan alasan untuk bermegah – Ahmad Zahid
November 14, 2026, 9:30 pm
PRN Melaka: PH hanya menang empat kerusi, Adly terima kekalahan dengan hati terbuka
November 14, 2026, 9:16 pm
PRN Melaka: Pecah rekod! Dulu menang 200 undi, kini BN tawan Duyong dengan majoriti lebih 10,000
November 14, 2026, 7:45 pm
Tidak rasmi: BN-PN mendahului 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka, PH hanya empat kerusi
November 14, 2026, 7:39 pm
Nama sudah ditanda mengundi walaupun belum buang undi, Adly gesa SPR beri penjelasan
November 14, 2026, 6:48 pm
BN dahului tiga DUN, PN di depan di Bukit Katil dalam kiraan awal PRN Melaka
November 14, 2026, 5:33 pm
PRN Melaka: Hampir 70 peratus keluar mengundi, DUN Serkam paling tinggi
November 14, 2026, 4:27 pm
PRN Melaka: Keputusan pertama dijangka 9.30 malam, semua 28 kerusi diketahui sebelum tengah malam
November 14, 2026, 3:12 pm
