Berita Berita
Anwar janji terus cari penyelesaian isu kuil, pendidikan Tamil hingga kemiskinan kaum India
KUALA LUMPUR 14 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan masyarakat India di negara ini, khususnya dalam menangani isu pendidikan, kemiskinan, rumah ibadat dan peluang perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan menyedari masih terdapat pelbagai perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan masyarakat India, termasuk golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar dan estet, tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.
Menurutnya, usaha berkenaan turut merangkumi isu berkaitan sekolah dan bahasa Tamil, kuil Hindu serta cabaran kehidupan yang dihadapi peniaga India.
"Kita berbuat sebaik mungkin, ada yang harus kita perbaiki. Dalam bidang pendidikan, isu kuil Hindu, peniaga India dan soal kehidupan kaum India yang miskin di kota dan estet, yang harus kita cuba tangani dan selesaikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Deepavali 2026 Peringkat Kebangsaan di Little India, Brickfields, hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan; Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang serta Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Datuk Seri N Gobalakhrisnan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, Kerajaan MADANI akan memastikan setiap bantuan dan inisiatif kebajikan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira latar belakang kaum atau tempat tinggal penerima.
Katanya, pendekatan itu penting supaya manfaat pembangunan negara dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.
Beliau turut merujuk pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai antara langkah kerajaan membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.
Selain itu, Anwar berkata, bantuan persekolahan sebanyak RM200 bagi setiap murid pada Januari turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan anak-anak daripada semua kaum dan aliran sekolah terus diberi keutamaan.
"Anak-anak kita di semua aliran sekolah, kaum dan daerah masuk sekolah, kita berikan RM200 setiap anak sekolah sebab kita fikirkan masa depan dia," katanya.
Beliau menegaskan usaha memperkukuh kebajikan dan pendidikan rakyat akan terus menjadi antara keutamaan kerajaan bagi memastikan tiada golongan masyarakat yang terpinggir daripada peluang untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Berita berkaitan
November 15, 2026, 12:20 am
Anwar ucap tahniah kepada BN, kerajaan Persekutuan sedia terus kerjasama bangunkan Melaka
November 14, 2026, 10:16 pm
PRN Melaka: ‘Hatrik’ tiga kemenangan berturut-turut bukan alasan untuk bermegah – Ahmad Zahid
November 14, 2026, 9:30 pm
PRN Melaka: PH hanya menang empat kerusi, Adly terima kekalahan dengan hati terbuka
November 14, 2026, 9:16 pm
PRN Melaka: Pecah rekod! Dulu menang 200 undi, kini BN tawan Duyong dengan majoriti lebih 10,000
November 14, 2026, 7:45 pm
Tidak rasmi: BN-PN mendahului 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka, PH hanya empat kerusi
November 14, 2026, 7:39 pm
Nama sudah ditanda mengundi walaupun belum buang undi, Adly gesa SPR beri penjelasan
November 14, 2026, 6:48 pm
BN dahului tiga DUN, PN di depan di Bukit Katil dalam kiraan awal PRN Melaka
November 14, 2026, 5:33 pm
PRN Melaka: Hampir 70 peratus keluar mengundi, DUN Serkam paling tinggi
November 14, 2026, 4:27 pm
PRN Melaka: Keputusan pertama dijangka 9.30 malam, semua 28 kerusi diketahui sebelum tengah malam
November 14, 2026, 3:12 pm
