TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki diselamatkan selepas terjatuh dalam longkang tidak berpenutup di Gombak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 16 Nov. – Jeritan meminta pertolongan dari celahan rumput tebal membongkar nasib seorang lelaki yang terjatuh ke dalam lubang longkang tidak berpenutup di Jalan Amaniah, dekat Gombak, awal pagi tadi.

Insiden tersebut disedari oleh seorang orang awam yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian setelah terdengar suara mangsa meminta tolong dari arah kawasan bersemak di tepi jalan berkenaan.

Menurut perkongsian pengguna laman sosial Threads, @ninirafar, mangsa dipercayai terperangkap di dalam longkang terbabit kira-kira sejam sebelum ditemui memandangkan suasana di kawasan itu masih sunyi pada waktu awal pagi.

Beliau memaklumkan bahawa lokasi berkenaan bukanlah laluan pejalan kaki selain dipenuhi semak-samun yang mengehadkan penglihatan, sekali gus menyukarkan orang ramai menyedari ketiadaan penutup longkang di situ.

Mangsa yang dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki kemudian berjaya dibawa naik dengan bantuan seorang lagi individu sebelum dihantar pulang dengan selamat ke kediamannya. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset