Berita Berita
'Mungkin beliau mahu selesaikan isu ini cepat' - Zahid nafi UMNO arah Ismail letak jawatan MB Negeri Sembilan
PUTRAJAYA 17 Nov – Keputusan Datuk Ismail Lasim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dibuat atas kehendaknya sendiri tanpa arahan UMNO, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, Ismail tidak memberikan alasan khusus mengenai keputusan itu.
Bagaimanapun, beliau berpandangan langkah berkenaan mungkin diambil bagi membolehkan permasalahan di negeri tersebut dirungkaikan dengan segera.
"Peletakan jawatan itu dibuat oleh Datuk Ismail sendiri. Tidak timbul soal UMNO mengarahkan beliau berbuat demikian.
"Beliau tidak memberikan alasan. Mungkin atas rasa kesedaran bahawa beliau mahu supaya permasalahan ini dapat dirungkaikan dengan secepat yang mungkin," katanya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan perasmian Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 di sini, hari ini.
Malam tadi, Barisan Nasional (BN) mengesahkan menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Menurut kenyataan itu, Ahmad Zahid menerima salinan surat berkenaan yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan dalam kenyataan pagi ini memaklumkan bahawa pihaknya belum mengesahkan ketulenan surat terbabit, yang menurut Zambry sudah ditandatangani Ismail.
Pengelola Bijaya Diraja menjelaskan, pihak istana mengambil maklum kenyataan Setiausaha Agung BN berhubung perkara tersebut.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, surat peletakan jawatan itu sudah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mengikut adat dan tatacara.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan hanya satu nama calon Menteri Besar baharu dikemukakan kepada istana bagi mendapatkan perkenan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Katanya, warkah cadangan nama berkenaan diserahkan semalam dan keputusan seterusnya diserahkan sepenuhnya kepada budi bicara baginda.
Beliau menegaskan, hanya pihak istana berhak mengumumkan nama calon yang mendapat perkenan sebagai Menteri Besar baharu.
"Saya berharap ia dapat diselesaikan secara baik," katanya.
Berita berkaitan
November 17, 2026, 10:12 pm
'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM
November 17, 2026, 5:18 pm
Selangor tanggung rugi lebih dua kali ganda akibat banjir pada 2025, cecah RM52.9 juta
November 17, 2026, 4:59 pm
124 kanak-kanak dikaitkan GISBH akhirnya didaftarkan sekolah, 64 keluarga dibantu
November 17, 2026, 4:13 pm
Bimbang serpihan peluru terkena orang awam punca anggota polis tidak lepaskan tembakan ketika diserang
November 17, 2026, 4:07 pm
Anggota polis maut, empat cedera van pasukan terbabit kemalangan
November 17, 2026, 3:56 pm
Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun
November 17, 2026, 3:32 pm
Pantun ‘kena kencing’, Rayer desak Ahmad Maslan letak jawatan kalau ada rasa malu
November 17, 2026, 2:51 pm
