Berita Berita
Anggota polis maut, empat cedera van pasukan terbabit kemalangan
TAPAH, 17 Nov. – Seorang anggota polis disahkan maut manakala sekurang-kurangnya empat lagi cedera selepas van pasukan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 351.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim ketika mengesahkan insiden itu memaklumkan bahawa mayat mangsa serta anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, van berkenaan difahamkan membawa keseluruhan 10 anggota polis termasuk pemandu dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan beberapa ibu pejabat polis daerah (IPD).
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial memaparkan kenderaan pasukan itu berada di bahu kiri jalan, dengan satu mayat kelihatan berhampiran pembahagi jalan manakala empat lagi anggota terbaring cedera di lokasi.
Sementara itu, PLUS menerusi kemas kini di platform X melaporkan kemalangan di laluan antara Bidor dan Sungkai tersebut mengakibatkan kesesakan trafik sejauh kira-kira tujuh kilometer.
Setakat jam 1.21 tengah hari tadi, hanya lorong kecemasan masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan dan siasatan, manakala kesemua lorong utama telah dibuka semula kepada pengguna jalan raya. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 17, 2026, 10:12 pm
'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM
November 17, 2026, 5:18 pm
Selangor tanggung rugi lebih dua kali ganda akibat banjir pada 2025, cecah RM52.9 juta
November 17, 2026, 4:59 pm
124 kanak-kanak dikaitkan GISBH akhirnya didaftarkan sekolah, 64 keluarga dibantu
November 17, 2026, 4:13 pm
Bimbang serpihan peluru terkena orang awam punca anggota polis tidak lepaskan tembakan ketika diserang
November 17, 2026, 3:56 pm
Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun
November 17, 2026, 3:32 pm
Pantun ‘kena kencing’, Rayer desak Ahmad Maslan letak jawatan kalau ada rasa malu
November 17, 2026, 2:51 pm
