TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun

By
|
Kongsi
image

DUNGUN, 17 Nov. – Seekor beruang matahari jantan seberat kira-kira 70 kilogram berjaya ditangkap selepas ditemukan berlindung dan tidur di bawah sebuah rumah penduduk ketika hujan lebat di Kampung Rantau Abang di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk berhubung kehadiran haiwan liar tersebut pada jam 8.30 malam.

Susulan maklumat itu, seramai enam anggota dari Pejabat PERHILITAN Dungun digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemantauan dan mendapati beruang dewasa berukur lilit panjang 130 sentimeter berkenaan masih lena tidur di bawah kediaman terbabit.

Menurut beliau, operasi menangkap haiwan tersebut berjaya dilaksanakan dengan selamat sebelum pemeriksaan mengesahkan beruang itu berada dalam keadaan fizikal yang sihat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, lokasi kejadian dipercayai terletak kira-kira dua kilometer dari Hutan Simpan Jambu Bongkok.

Beruang matahari berkenaan kemudiannya dilepaskan semula ke habitat asal yang sesuai, dengan keseluruhan operasi translokasi selesai sepenuhnya pada jam 4.30 pagi tadi. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset