Berita Berita
124 kanak-kanak dikaitkan GISBH akhirnya didaftarkan sekolah, 64 keluarga dibantu
SHAH ALAM 17 Nov – Seramai 124 kanak-kanak yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Selangor sudah didaftarkan bersekolah, manakala 64 keluarga yang memenuhi syarat kelayakan menerima bantuan kebajikan.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, pendaftaran persekolahan itu direkodkan menerusi pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.
Menurutnya, usaha berkenaan bertujuan memastikan kanak-kanak terbabit mendapat akses pendidikan serta dapat meneruskan kehidupan dalam persekitaran masyarakat yang lebih teratur.
Katanya, bantuan kepada keluarga yang layak pula merangkumi Bantuan Am, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara serta bantuan berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Antara usaha pemulihan dilaksanakan adalah melalui Program Advokasi NURANI (Nilai Unggul, Rohani dan Akhlak Nadi Insan) membabitkan 65 peserta dengan penekanan kepada pembangunan diri, pembentukan akhlak dan sahsiah serta kesedaran mengenai hak dan perlindungan kanak-kanak,” katanya.
Beliau menjawab soalan Lim Yi Wei (PH-Kampung Tunku) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Anfaal berkata, pemantauan berterusan turut dilaksanakan JKM Selangor melalui lawatan fizikal dan secara dalam talian oleh Pegawai Pelindung Kanak-Kanak bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mereka terpelihara.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan 29 premis sudah diperiksa dengan 10 daripadanya dikenal pasti beroperasi sebagai pusat jagaan.
Tiga pusat jagaan berdaftar dikenakan Perintah Penutupan mengikut Seksyen 15(1), manakala tujuh pusat tidak berdaftar dikenakan tindakan mengikut Seksyen 16A Akta Pusat Jagaan 1993.
“Sehingga kini, kesemua 10 pusat jagaan yang dikenakan tindakan penguatkuasaan itu ditutup dan tidak lagi beroperasi,” katanya.
Berita berkaitan
November 17, 2026, 10:12 pm
'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM
November 17, 2026, 5:18 pm
Selangor tanggung rugi lebih dua kali ganda akibat banjir pada 2025, cecah RM52.9 juta
November 17, 2026, 4:13 pm
Bimbang serpihan peluru terkena orang awam punca anggota polis tidak lepaskan tembakan ketika diserang
November 17, 2026, 4:07 pm
Anggota polis maut, empat cedera van pasukan terbabit kemalangan
November 17, 2026, 3:56 pm
Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun
November 17, 2026, 3:32 pm
Pantun ‘kena kencing’, Rayer desak Ahmad Maslan letak jawatan kalau ada rasa malu
November 17, 2026, 2:51 pm
