TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 17 Nov – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyeru calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) supaya terus berusaha serta memberikan yang terbaik dalam peperiksaan.

Beliau berkata, persiapan calon bukan hanya bergantung kepada penguasaan ilmu, malah perlu disertai doa dan sokongan ibu bapa serta guru.

“Kepada semua calon SPM dan STPM, teruskan usaha dan buatlah yang terbaik. Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, Fadhlina berkongsi penglibatannya bersama masyarakat Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam Program Bicara Iman Santuni MADANI yang turut menitipkan doa buat calon peperiksaan.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan bersama masyarakat Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam Program Bicara Iman Santuni MADANI di Masjid Jamek Kampung Kuak Luar.

“Kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, mendengar pengisian tazkirah, membaca surah Yasin serta menitipkan doa buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM,” katanya.

+ - reset