TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Siapa keluarkan kenyataan nak letak jawatan?' - Anak Ismail Lasim buka mulut, persoal kenyataan peletakan jawatan bapanya

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 17 Nov -Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mempersoalkan asas pihak parti mengeluarkan kenyataan mengenai peletakan jawatan bapanya, sedangkan menurutnya perkara itu bukan diumumkan sendiri oleh Ismail.

Naim Ismail menerusi hantaran di Instagram turut membangkitkan persoalan sama ada keputusan berkenaan dibuat atas arahan parti.

“Siapa yang keluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan? Adakah tuan sendiri yang membuat kenyataan tersebut? Kalau bukan atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?” soalnya.

Menurut Naim, bapanya selama ini mematuhi segala arahan parti, namun beliau meluahkan kekecewaan apabila keadaan itu berakhir dengan kemelut berkenaan.

Beliau turut mengingatkan supaya tiada pihak menjadikan individu lain sebagai kambing hitam demi kepentingan tertentu.

“Belum apa-apa selesai dah ada usaha untuk menjatuhkan orang sendiri. Jangan kerana kepentingan pihak tertentu orang lain dijadikan kambing hitam.

“Kalau betul nak menjaga parti, jangan sampai orang sendiri diperlakukan macam ini,” luahnya.

Naim turut mendakwa semua pihak mengetahui perkara sebenar yang berlaku dan meminta supaya keadaan tidak digambarkan seolah-olah hanya satu pihak bersalah.

Terdahulu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan Ismail telah mengutus surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berkuat kuasa Isnin.

Bagaimanapun, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias sebelum ini menjelaskan pihaknya hanya mengetahui hasrat Ismail untuk berundur menerusi kepimpinan tertinggi parti.

Menurut Jalaluddin, Ismail tidak memaklumkan hasrat berkenaan secara peribadi kepada UMNO negeri.

+ - reset