Berita Berita
Selangor tanggung rugi lebih dua kali ganda akibat banjir pada 2025, cecah RM52.9 juta
SHAH ALAM 17 Nov – Kerugian akibat banjir di Selangor meningkat lebih dua kali ganda kepada RM52.9 juta pada 2025 berbanding RM22.6 juta pada 2024, dengan kerosakan infrastruktur mencatatkan nilai terbesar.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, berdasarkan Statistik Nilai Kerugian Banjir Negeri Selangor 2024 dan 2025 oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) Selangor, kerugian infrastruktur berjumlah RM26.6 juta.
Menurutnya, kerosakan kediaman pula merekodkan kerugian RM15.3 juta, diikuti sektor pertanian sebanyak RM9.6 juta, premis perniagaan RM1 juta dan kenderaan RM400,000.
“Berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2025 yang diterbitkan DOSM, nilai kerugian keseluruhan akibat banjir di Malaysia pada 2025 berjumlah RM636.9 juta berbanding 2024 sebanyak RM933.4 juta.
“Semua negeri di Malaysia menerima kesan akibat banjir, dengan Terengganu mencatatkan nilai kerugian tertinggi RM89.2 juta. Ini diikuti oleh Kelantan dan Johor masing-masing merekodkan kerugian RM88.5 juta dan RM72.1 juta,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (PH-Batu Tiga) mengenai anggaran kerugian ekonomi tahunan akibat kejadian seperti banjir, kebakaran dan bencana lain.
Dalam pada itu, Mohd Najwan berkata, pihaknya komited meningkatkan kualiti penyampaian bantuan, khususnya bagi menangani keperluan mangsa yang berdepan banjir berulang.
Katanya, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Unit Pengurusan Bencana Negeri.
Berita berkaitan
November 17, 2026, 10:12 pm
'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM
November 17, 2026, 4:59 pm
124 kanak-kanak dikaitkan GISBH akhirnya didaftarkan sekolah, 64 keluarga dibantu
November 17, 2026, 4:13 pm
Bimbang serpihan peluru terkena orang awam punca anggota polis tidak lepaskan tembakan ketika diserang
November 17, 2026, 4:07 pm
Anggota polis maut, empat cedera van pasukan terbabit kemalangan
November 17, 2026, 3:56 pm
Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun
November 17, 2026, 3:32 pm
Pantun ‘kena kencing’, Rayer desak Ahmad Maslan letak jawatan kalau ada rasa malu
November 17, 2026, 2:51 pm
