TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

73,498 kanak-kanak usia enam tahun mohon masuk Tahun Satu bagi kalendar 2027

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 18 Nov. – Kementerian Pendidikan (KPM) menerima sebanyak 73,498 permohonan pendaftaran ke Tahun Satu bagi Kalendar Akademik 2027 membabitkan kanak-kanak kohort usia enam tahun, setakat 30 September lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan 491,649 permohonan kemasukan ke Tahun Satu bagi sesi 2027, yang turut merangkumi seramai 418,151 kanak-kanak kohort usia tujuh tahun.

Menurut beliau, ketetapan untuk memperluas akses kemasukan awal ke Tahun Satu itu dilaksanakan secara sukarela berdasarkan pilihan ibu bapa serta tahap kesediaan anak masing-masing, manakala kemasukan pada usia tujuh tahun kekal sebagai laluan utama sepanjang tempoh peralihan.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen bagi menjawab pertanyaan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) berhubung jumlah pendaftaran semasa murid berusia enam tahun serta kesiapsiagaan kementerian dalam melaksanakan dasar tersebut agar tidak membebankan emosi murid dan guru.

Mengulas lanjut, Fadhlina memberi jaminan bahawa KPM akan terus memantau rapat perkembangan pendaftaran dan tahap kesiapsiagaan setiap sekolah sebelum sesi persekolahan bermula.

Penyelarasan dari semasa ke semasa turut dilaksanakan merangkumi aspek penempatan murid, keperluan tenaga pengajar, kapasiti bilik darjah, serta kemudahan prasarana bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan lancar tanpa menjejaskan kualiti pendidikan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset