TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar lelaki Tingkatan Tiga ditemukan maut di SBP Kuala Kangsar

By
|
Kongsi
image

m

KUALA KANGSAR 18 Nov – Polis sedang menyiasat kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang ditemukan di kawasan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP), di sini, petang ini.

Pelajar berkenaan dilaporkan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi, menurut laporan Sinar Harian.

Beliau memaklumkan kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan akan dikeluarkan menerusi kenyataan media dalam masa terdekat.

Difahamkan, mayat pelajar terbabit telah dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

+ - reset