Berita Berita
1,200 sekolah di Zon 9 terima bekalan 100 peratus susu segar menerusi PSS
SEPANG, 18 Nov. – 1,200 sekolah di Zon 9 yang merangkumi Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor menerima bekalan 100 peratus susu segar menerusi Program Susu Sekolah (PSS) kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri F&N, Norazrin Norsyam Yee berkata, komitmen berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk memastikan para murid mendapat bekalan nutrisi berkualiti bagi menyokong tumbesaran serta perkembangan fizikal dan mental mereka.
Menurutnya, keseluruhan bekalan susu tersebut diperoleh daripada ladang tenusu F&N AgriValley di Gemas, Negeri Sembilan sebelum melalui proses pemerahan dan pembungkusan di bawah kawalan kualiti ketat di setiap peringkat.
Jelas beliau, setiap fasa pengeluaran bermula daripada aspek pemakanan ternakan, proses pemerahan, sehinggalah ke peringkat pembungkusan dipantau rapi bagi memastikan produk akhir yang diagihkan ke sekolah-sekolah di wilayah selatan itu memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia dan penyampaian hadiah Pertandingan PSS Zon 9 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks KLIA di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Norazrin memaklumkan bahawa inisiatif syarikat tidak terhad kepada pembekalan susu semata-mata, sebaliknya turut merangkumi pendidikan pemakanan sihat menerusi pelbagai program kesedaran bersama komuniti sekolah.
Program tersebut dijalankan dengan kerjasama strategik KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan pengambilan makanan berkhasiat dalam kalangan kanak-kanak.
Tambah beliau, kebanyakan produk keluaran F&N kini turut dilengkapi dengan pengiktirafan Healthy Choice Logo (HCL) sebagai usaha berterusan menggalakkan masyarakat membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 18, 2026, 9:26 pm
Pelajar lelaki Tingkatan Tiga ditemukan maut di SBP Kuala Kangsar
November 18, 2026, 8:36 pm
Pemuda UMNO dakwa kenyataan Tony Pua cubaan halus pertikai keputusan Agong
November 18, 2026, 8:31 pm
Bas persiaran terbabas, lima warga emas parah, 16 cedera
November 18, 2026, 7:22 pm
Tangan kanan atlet angkat berat dipotong, Taufiq hadir beri sokongan buat Udin
November 18, 2026, 6:00 pm
'Saya memang gemar berpantun' - Ahmad Maslan mohon maaf kepada Anwar isu pantun 'kencing' di Dewan Rakyat
November 18, 2026, 5:37 pm
Pejabat MB lapor polis, nafi Saarani mohon perkenan bubar DUN Perak
November 18, 2026, 11:48 am
Yuneswaran jumpa Mufti Besar India, tekankan peranan agama dalam memperkukuh perpaduan
November 18, 2026, 10:54 am
