Berita Berita
Pemuda UMNO dakwa kenyataan Tony Pua cubaan halus pertikai keputusan Agong
SHAH ALAM, 18 Nov. – Penggunaan pelbagai frasa provokatif dalam kenyataan bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua didakwa bukan satu kebetulan, sebaliknya merupakan isyarat halus bagi mempertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, tindakan tersebut turut dilihat berpotensi membakar sentimen penyokong tegar untuk melanggar batas isu sensitif membabitkan raja, agama, dan kaum (3R) tanpa mempedulikan lunas undang-undang.
Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, insiden itu didakwa membuktikan pendirian tidak konsisten parti berkenaan yang hanya menghormati keputusan institusi diraja apabila ia memihak kepada kepentingan politik mereka, seperti sewaktu pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018.
Fadzmel turut mempersoalkan tindakan pihak terbabit mendedahkan minit mesyuarat sulit yang dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong sehingga dijadikan modal politik di media sosial.
Tegasnya, kebocoran kerahsiaan mesyuarat tertinggi negara demi kepentingan kepartian menimbulkan kebimbangan serius terhadap aspek keselamatan negara serta maruah institusi Raja Berperlembagaan.
Beliau menambah, cubaan mengolah naratif kononnya Yang di-Pertuan Agong bertindak membelakangkan kerajaan adalah tidak berasas memandangkan Baginda telah menjalankan tanggungjawab selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, media melaporkan bahawa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan permohonan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak telah dinyahklasifikasikan, yang antara lain merekodkan bantahan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 18, 2026, 10:06 pm
1,200 sekolah di Zon 9 terima bekalan 100 peratus susu segar menerusi PSS
November 18, 2026, 9:26 pm
Pelajar lelaki Tingkatan Tiga ditemukan maut di SBP Kuala Kangsar
November 18, 2026, 8:31 pm
Bas persiaran terbabas, lima warga emas parah, 16 cedera
November 18, 2026, 7:22 pm
Tangan kanan atlet angkat berat dipotong, Taufiq hadir beri sokongan buat Udin
November 18, 2026, 6:00 pm
'Saya memang gemar berpantun' - Ahmad Maslan mohon maaf kepada Anwar isu pantun 'kencing' di Dewan Rakyat
November 18, 2026, 5:37 pm
Pejabat MB lapor polis, nafi Saarani mohon perkenan bubar DUN Perak
November 18, 2026, 11:48 am
Yuneswaran jumpa Mufti Besar India, tekankan peranan agama dalam memperkukuh perpaduan
November 18, 2026, 10:54 am
