TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pejabat MB lapor polis, nafi Saarani mohon perkenan bubar DUN Perak

By
|
Kongsi
image

 

IPOH 18 Nov – Pejabat Menteri Besar Perak membuat laporan polis susulan dakwaan bahawa Datuk Seri Saarani Mohamad telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Pejabat itu menegaskan laporan berkenaan tidak benar dan tidak berasas, selain memandang serius penyebaran maklumat yang mengaitkan institusi diraja serta pentadbiran kerajaan negeri.

“Pejabat Menteri Besar Perak memandang serius penyebaran maklumat tidak benar, khususnya yang mengaitkan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan negeri.

“Sehubungan itu, pentadbiran ini telah membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil,” katanya di sini hari ini.

Menurut pejabat itu, pihaknya turut mengesan penyebaran grafik menyerupai siaran berita televisyen serta penyiaran semula bahan berita lama yang boleh mengelirukan orang ramai mengenai kedudukan semasa DUN Perak.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan kandungan yang belum disahkan kesahihannya.

Terdahulu, poster serta maklumat mengenai pembubaran DUN Perak tular di media sosial, namun bahan berkenaan memaparkan tarikh 17 Oktober 2022.

Tarikh itu merujuk kepada pembubaran DUN Perak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

+ - reset