Berita Berita
Ada kesan di leher mangsa, polis sahkan jerutan punca kematian pelajar Tingkatan Tiga di Kuala Kangsar
IPOH 19 Nov – Polis tidak mengesan unsur jenayah atau buli selepas meneliti tiga rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata bedah siasat mengesahkan pelajar itu meninggal dunia akibat jerutan.
Pemeriksaan menemukan kesan jerutan pada leher mangsa dan tiada kecederaan lain pada tubuhnya.
"Berdasarkan rakaman itu, tiada sebarang unsur jenayah atau buli dikesan," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Mohd Alwi berkata, polis sudah merakam keterangan 11 individu, terdiri daripada enam pelajar dan lima guru. l
Penyiasat masih mengambil keterangan rakan-rakan mangsa untuk mengenal pasti tingkah lakunya sebelum kejadian.
"Mangsa ditempatkan di bilik sakit sekolah berkenaan sejak Isnin lalu, termasuk pada hari dia ditemukan meninggal dunia.
"Bilik itu dikhaskan untuk pelajar yang tidak sihat atau perlu dibawa ke hospital," katanya.
Beliau berkata, pihak sekolah memasang CCTV di dalam bilik berkenaan untuk memantau pelajar yang kurang sihat.
"Berdasarkan rakaman CCTV, mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira 10.35 pagi.
"Bagaimanapun, dia hanya ditemukan pada 2.45 petang oleh seorang pelajar lain yang pergi menggunakan tandas," katanya.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Taiping selesai pada pukul 1 tengah hari. Jenazah kemudian dibawa pulang ke Juasseh, Negeri Sembilan, pada pukul 3.30 petang.
Berita berkaitan
November 19, 2026, 10:59 pm
Yuneswaran, pemimpin belia Muslim Kerala bincang isu intoleransi agama dan perpaduan
November 19, 2026, 10:25 pm
Gempar! Sindiket dadah guna aset TUDM, 5 pegawai antara 11 ditahan, syabu RM4.83 juta dirampas
November 19, 2026, 9:59 pm
'Ini tak masuk akal' - Malaysia mungkin perlukan 111 tahun selesaikan isu 225,000 pelarian - Radzi Jidin
November 19, 2026, 8:14 pm
Pantun 'kencing': Anwar beri amaran anggota pentadbiran langgar adab ketika bertugas wajar letak jawatan
November 19, 2026, 4:36 pm
Murid 12 tahun cedera di kepala, badan dilanggar Myvi di hadapan sekolah di JB
November 19, 2026, 3:51 pm
Ali XPDC perlu jalani pembedahan jantung segera, tak mampu tanggung kos rawatan lebih RM50,000
November 19, 2026, 3:10 pm
'Dedahkan juga minit pengampunan Anwar, jangan pilih kasih' – Wan Saiful
November 19, 2026, 2:37 pm
'Arwah sempat tanya saya sudah makan ke belum sebelum ditemui maut' - Bapa pelajar tingkatan 3 SBP
November 19, 2026, 1:10 pm
