Berita Berita
Yuneswaran, pemimpin belia Muslim Kerala bincang isu intoleransi agama dan perpaduan
KERALA 19 Nov – Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj, membincangkan isu sikap tidak bertoleransi terhadap agama serta usaha memperkukuh perpaduan antara komuniti ketika bertemu Presiden Liga Belia Muslim Negeri Kerala, Shri Sayyid Munavvar Ali Shihab Thangal.
Pertemuan itu berlangsung di kediaman Munavvar Ali di Panakkad, Kerala, India, selepas Yuneswaran memenuhi undangan beliau. Kedua-duanya turut bertukar pandangan mengenai politik, pembangunan sosial dan kepentingan sikap saling menghormati.
Dalam kenyataannya, Yuneswaran menyifatkan Munavvar Ali, yang juga Setiausaha Liga Muslim Kesatuan India (IUML), sebagai pemimpin yang disegani dan terus memainkan peranan penting dalam menangani isu sosial, politik dan kemasyarakatan.
Katanya, Munavvar Ali meneruskan tradisi kepimpinan dan khidmat masyarakat yang diwarisi daripada bapanya serta generasi terdahulu dalam keluarganya.
Yuneswaran berkata, beliau percaya persahabatan dan hubungan yang bermakna penting untuk dibina merentasi batas politik.
“Perbezaan fahaman politik tidak seharusnya menghalang kita daripada mengadakan dialog yang bermakna, belajar antara satu sama lain dan bekerjasama demi kepentingan bersama,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan atas layanan mesra Munavvar Ali, pertukaran pandangan dan peluang untuk mengeratkan persahabatan.
Menurut Yuneswaran, persahabatan boleh melangkaui batas politik, manakala dialog yang bermakna dapat merapatkan hubungan demi masa depan yang lebih baik.
Berita berkaitan
November 19, 2026, 10:25 pm
Gempar! Sindiket dadah guna aset TUDM, 5 pegawai antara 11 ditahan, syabu RM4.83 juta dirampas
November 19, 2026, 9:59 pm
'Ini tak masuk akal' - Malaysia mungkin perlukan 111 tahun selesaikan isu 225,000 pelarian - Radzi Jidin
November 19, 2026, 8:14 pm
Pantun 'kencing': Anwar beri amaran anggota pentadbiran langgar adab ketika bertugas wajar letak jawatan
November 19, 2026, 4:57 pm
Ada kesan di leher mangsa, polis sahkan jerutan punca kematian pelajar Tingkatan Tiga di Kuala Kangsar
November 19, 2026, 4:36 pm
Murid 12 tahun cedera di kepala, badan dilanggar Myvi di hadapan sekolah di JB
November 19, 2026, 3:51 pm
Ali XPDC perlu jalani pembedahan jantung segera, tak mampu tanggung kos rawatan lebih RM50,000
November 19, 2026, 3:10 pm
'Dedahkan juga minit pengampunan Anwar, jangan pilih kasih' – Wan Saiful
November 19, 2026, 2:37 pm
'Arwah sempat tanya saya sudah makan ke belum sebelum ditemui maut' - Bapa pelajar tingkatan 3 SBP
November 19, 2026, 1:10 pm
