Berita Berita
Pantun 'kencing': Anwar beri amaran anggota pentadbiran langgar adab ketika bertugas wajar letak jawatan
KUALA LUMPUR 19 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan anggota pentadbiran kerajaan supaya menjaga disiplin dan adab ketika menjalankan urusan rasmi, termasuk di Parlimen. Katanya, sesiapa yang melanggar peraturan dan adab berjemaah selepas ini wajar meletakkan jawatan atau dinasihatkan berbuat demikian.
Menurut laporan Berita RTM, Anwar berkata demikian pada sidang media Khamis ketika mengulas kontroversi pantun sindiran Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, di Dewan Rakyat.
Anwar berkata, perbezaan pandangan dalam kalangan anggota Kabinet perkara biasa. Katanya, teguran dan rasa tidak puas hati boleh dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, manakala anggota pentadbiran perlu menjaga pendirian bersama kerajaan ketika menjalankan tugas rasmi.
“Semasa kempen saya masih boleh terima tetapi kalau dalam urusan kerajaan ini tidak boleh diizinkan. Dan kalau selepas ini ada sesiapa yang melanggar kaedah ini, sewajarnya meletakkan jawatan ataupun dinasihatkan untuk meletakkan jawatan kerana sistem kita tidak boleh berjalan begitu. Kalau tidak setuju boleh bawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” tegasnya.
Anwar turut memaklumkan bahawa beliau menerima permohonan maaf Ahmad yang dikemukakan menerusi surat rasmi, sambil mengingatkan supaya kejadian sama tidak berulang.
“Saya faham kadang-kadang suhu politik terutama dalam masa pemilihan atau pilihan raya negeri menyebabkan kita terlajak. Namun, banyak hal yang kurang dipersetujui boleh ditegur secara tertutup dan saya berikan ruang sepenuhnya dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk rakan-rakan mengemukakan pandangan,” katanya.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana memberi perhatian kepada soal disiplin dan adab dalam pentadbiran kerajaan.
Terdahulu, Ahmad menyampaikan pantun sindiran berkaitan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ketika menggulung perbahasan belanjawan peringkat dasar bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat.
Pantun itu disampaikan ketika beliau menjawab celahan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, berhubung janji penghapusan tol.
Dalam surat permohonan maaf bertarikh 17 November 2026, Ahmad mengakui pemilihan kata dalam pantun itu tidak sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai anggota pentadbiran kerajaan. Pejabat Perdana Menteri menerima surat berkenaan pada 18 November.
Berita berkaitan
November 19, 2026, 10:59 pm
Yuneswaran, pemimpin belia Muslim Kerala bincang isu intoleransi agama dan perpaduan
November 19, 2026, 10:25 pm
Gempar! Sindiket dadah guna aset TUDM, 5 pegawai antara 11 ditahan, syabu RM4.83 juta dirampas
November 19, 2026, 9:59 pm
'Ini tak masuk akal' - Malaysia mungkin perlukan 111 tahun selesaikan isu 225,000 pelarian - Radzi Jidin
November 19, 2026, 4:57 pm
Ada kesan di leher mangsa, polis sahkan jerutan punca kematian pelajar Tingkatan Tiga di Kuala Kangsar
November 19, 2026, 4:36 pm
Murid 12 tahun cedera di kepala, badan dilanggar Myvi di hadapan sekolah di JB
November 19, 2026, 3:51 pm
Ali XPDC perlu jalani pembedahan jantung segera, tak mampu tanggung kos rawatan lebih RM50,000
November 19, 2026, 3:10 pm
'Dedahkan juga minit pengampunan Anwar, jangan pilih kasih' – Wan Saiful
November 19, 2026, 2:37 pm
'Arwah sempat tanya saya sudah makan ke belum sebelum ditemui maut' - Bapa pelajar tingkatan 3 SBP
November 19, 2026, 1:10 pm
