Berita Berita
Gempar! Sindiket dadah guna aset TUDM, 5 pegawai antara 11 ditahan, syabu RM4.83 juta dirampas
KUALA LUMPUR 19 Nov – Polis merampas 96.64 kilogram (kg) syabu bernilai RM4.83 juta dalam beberapa siri operasi terhadap sindiket yang disyaki menggunakan kemudahan penerbangan tentera untuk menyeludup dadah.
Lima pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan enam orang awam ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata operasi pada 17 November lalu di sekitar Lembah Klang dan Labuan itu hasil kerjasama risikan strategik antara JSJN dan Cawangan Provos Marsyal TUDM.
"Operasi itu turut membawa kepada rampasan 96.64 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM4.83 juta serta 6.98kg bahan kimia dalam bentuk cecair.
"Maklumat risikan awal mendapati sindiket itu aktif sejak Julai lalu dengan menggunakan kemudahan pengangkutan udara tentera TUDM untuk menyeludup dadah dari Semenanjung Malaysia ke Sabah sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa, khususnya Filipina dan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.
Berita berkaitan
November 19, 2026, 10:59 pm
Yuneswaran, pemimpin belia Muslim Kerala bincang isu intoleransi agama dan perpaduan
November 19, 2026, 9:59 pm
'Ini tak masuk akal' - Malaysia mungkin perlukan 111 tahun selesaikan isu 225,000 pelarian - Radzi Jidin
November 19, 2026, 8:14 pm
Pantun 'kencing': Anwar beri amaran anggota pentadbiran langgar adab ketika bertugas wajar letak jawatan
November 19, 2026, 4:57 pm
Ada kesan di leher mangsa, polis sahkan jerutan punca kematian pelajar Tingkatan Tiga di Kuala Kangsar
November 19, 2026, 4:36 pm
Murid 12 tahun cedera di kepala, badan dilanggar Myvi di hadapan sekolah di JB
November 19, 2026, 3:51 pm
Ali XPDC perlu jalani pembedahan jantung segera, tak mampu tanggung kos rawatan lebih RM50,000
November 19, 2026, 3:10 pm
'Dedahkan juga minit pengampunan Anwar, jangan pilih kasih' – Wan Saiful
November 19, 2026, 2:37 pm
'Arwah sempat tanya saya sudah makan ke belum sebelum ditemui maut' - Bapa pelajar tingkatan 3 SBP
November 19, 2026, 1:10 pm
