Berita Berita
'Ini tak masuk akal' - Malaysia mungkin perlukan 111 tahun selesaikan isu 225,000 pelarian - Radzi Jidin
KUALA LUMPUR 19 Nov – Hanya 974 pelarian dari Malaysia ditempatkan semula di negara ketiga dalam tempoh Januari hingga Jun 2026, kata Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Ahli Parlimen Putrajaya itu menganggarkan proses penempatan semula lebih 225,000 pelarian yang berada di negara ini boleh mengambil masa sehingga 111 tahun jika diteruskan pada kadar semasa, iaitu sekitar 2,000 orang setahun.
Radzi berkata, angka itu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk mempercepat penempatan semula.
"Ini tak masuk akal. Sebab itu saya kata, UNHCR selama ini terlalu mengambil mudah kerana Malaysia membuka ruang, seolah-olah tak apalah, masuklah," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, Khamis.
Bekas Menteri Pendidikan itu menggesa UNHCR mempercepat penempatan semula pelarian di negara ketiga dan turut memikul tanggungjawab dalam pengurusan isu berkenaan.
Radzi berkata, kerajaan juga boleh menggunakan saluran diplomatik, termasuk melalui ASEAN dan platform antarabangsa, untuk merundingkan penghantaran pulang pelarian ke negara asal.
"Kita tidak perlu takut dengan tekanan dunia kalau nak hantar balik ke negara asal. Dunia yang menekan kita ini, sepatutnya mengambil mereka yang kita nak hantar balik ini.
"Ini kita diletakkan dalam keadaan seolah-olah bila kita nak hantar balik, dunia tekan kita, kita takut. Apa nak takut? Ini kedaulatan negara," ujar beliau.
Beliau merujuk kepada pengalaman Malaysia mengurus pelarian Vietnam, apabila sebahagian daripada mereka ditempatkan semula di negara ketiga, manakala selebihnya dihantar pulang melalui rundingan.
Dalam pada itu, Radzi menggesa kerajaan memantau pelaksanaan keputusan UNHCR untuk menghentikan pendaftaran pelarian baharu dan mendapatkan akses kepada pangkalan data agensi itu.
Katanya, akses itu diperlukan untuk menyemak jumlah sebenar pelarian berdaftar dan memastikan tiada pendaftaran baharu selepas keputusan berkenaan diumumkan.
"Sebab itu saya mohon kerajaan pantau perkara ini untuk memastikan bahawa pendaftaran itu benar-benar telah dihentikan.
"Salah satu caranya adalah untuk kerajaan mendapatkan akses kepada data sistem data maklumat pelarian ini," ujarnya.
Berita berkaitan
November 19, 2026, 10:59 pm
Yuneswaran, pemimpin belia Muslim Kerala bincang isu intoleransi agama dan perpaduan
November 19, 2026, 10:25 pm
Gempar! Sindiket dadah guna aset TUDM, 5 pegawai antara 11 ditahan, syabu RM4.83 juta dirampas
November 19, 2026, 8:14 pm
Pantun 'kencing': Anwar beri amaran anggota pentadbiran langgar adab ketika bertugas wajar letak jawatan
November 19, 2026, 4:57 pm
Ada kesan di leher mangsa, polis sahkan jerutan punca kematian pelajar Tingkatan Tiga di Kuala Kangsar
November 19, 2026, 4:36 pm
Murid 12 tahun cedera di kepala, badan dilanggar Myvi di hadapan sekolah di JB
November 19, 2026, 3:51 pm
Ali XPDC perlu jalani pembedahan jantung segera, tak mampu tanggung kos rawatan lebih RM50,000
November 19, 2026, 3:10 pm
'Dedahkan juga minit pengampunan Anwar, jangan pilih kasih' – Wan Saiful
November 19, 2026, 2:37 pm
'Arwah sempat tanya saya sudah makan ke belum sebelum ditemui maut' - Bapa pelajar tingkatan 3 SBP
November 19, 2026, 1:10 pm
