Berita Berita
Lonjakan 25 peratus pesakit Zon Kuning punca kesesakan di Hospital Ampang
SHAH ALAM, 21 Nov. – Lonjakan jumlah pesakit sehingga 25 peratus daripada purata kehadiran harian di Zon Kuning Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) Hospital Ampang menjadi punca berlakunya kesesakan serta tempoh menunggu yang lama bagi kemasukan ke wad.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, peningkatan mendadak jumlah pesakit kebelakangan ini turut menjejaskan kelancaran proses kemasukan pesakit yang memerlukan rawatan lanjut ke wad di hospital berkenaan.
Menurut JKNS, pihak pengurusan Hospital Ampang telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan segera bagi menangani isu kesesakan tersebut.
Antara tindakan yang dilaksanakan termasuk memperkukuh proses aliran kemasukan dan discaj pesakit agar pengurusan dapat berjalan dengan lebih lancar.
Selain itu, penggunaan ruang menunggu discaj turut dipertingkatkan supaya lebih cekap, di samping memastikan pengurusan sumber manusia dilaksanakan secara efektif.
Dalam pada itu, JKNS menyatakan penghargaan terhadap maklum balas orang ramai dan menegaskan komitmen untuk terus memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan dilaksanakan tanpa sebarang kompromi terhadap keselamatan serta kualiti rawatan pesakit. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 21, 2026, 6:20 pm
Kerajaan perlu pastikan tapak warisan budaya semua kaum diberi perlindungan sama rata – Ketua Pemuda MCA
November 21, 2026, 6:13 pm
Pelajar Tingkatan Satu SBP Kuala Kangsar hilang ditemukan selamat di masjid di Taiping
November 21, 2026, 6:06 pm
KPM teliti keperluan tambah pembantu warden dan kaunselor di asrama
November 21, 2026, 5:59 pm
Empat remaja bawah umur ditahan selepas kejar-mengejar dengan polis hingga Simpang Pulai
November 21, 2026, 1:12 pm
Khoo Poay Tiong mohon maaf secara terbuka berhubung hantaran isu penutupan premis hari Jumaat
November 21, 2026, 1:04 pm
Radzi Jidin gesa siasat menyeluruh kes curi kabel terang-terangan di Jalan Tun Razak
November 21, 2026, 12:48 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu warga asing langgar lampu merah
November 21, 2026, 12:40 pm
Dua beradik ditemukan rentung berpelukan dalam kebakaran di Sik
November 20, 2026, 11:33 pm
