Berita Berita
KPM teliti keperluan tambah pembantu warden dan kaunselor di asrama
KUALA LUMPUR, 21 Nov. – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti keperluan untuk menambah jumlah pembantu warden serta guru bimbingan dan kaunseling bagi memastikan pelajar mendapat perhatian dan sokongan optimum sepanjang berada di asrama.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, impian ibu bapa untuk melihat anak-anak menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh (SBP) harus bergerak seiring dengan kemampuan serta tahap kesediaan emosi anak-anak itu sendiri.
Menurut beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini, adalah penting bagi ibu bapa untuk turut mendengar suara dan memahami isi hati anak-anak dalam menyusun masa depan pendidikan mereka.
Terdahulu, beliau memaklumkan telah mengadakan perbincangan bersama pihak polis di Kuala Kangsar, Perak berhubung usaha memperkukuh aspek keselamatan dan kesejahteraan pelajar di asrama institusi pendidikan terbabit.
Perbincangan tersebut merangkumi aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP), pengurusan asrama, serta kepentingan ibu bapa menilai tahap kesediaan anak-anak sebelum menghantar mereka ke sekolah berasrama.
Fadhlina menjelaskan bahawa setiap anak mempunyai tahap penyesuaian yang berbeza, termasuk dari segi keupayaan menghadapi persaingan akademik dan keperluan mendapatkan dorongan berterusan.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan menyediakan ruang yang selamat untuk anak-anak bercerita dan didengari tanpa dihakimi, selain memastikan mereka membesar dengan selamat dan bahagia.
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak terlalu bimbang sekiranya anak-anak tidak memasuki sekolah yang diimpikan kerana setiap individu mempunyai jalan serta masa tersendiri untuk melakar kejayaan.
Tegasnya, perkara paling utama adalah memastikan anak-anak mengetahui bahawa kasih sayang dan penerimaan ibu bapa tidak pernah bergantung kepada nama sekolah atau keputusan peperiksaan mereka semata-mata. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 21, 2026, 6:20 pm
Kerajaan perlu pastikan tapak warisan budaya semua kaum diberi perlindungan sama rata – Ketua Pemuda MCA
November 21, 2026, 6:13 pm
Pelajar Tingkatan Satu SBP Kuala Kangsar hilang ditemukan selamat di masjid di Taiping
November 21, 2026, 5:59 pm
Empat remaja bawah umur ditahan selepas kejar-mengejar dengan polis hingga Simpang Pulai
November 21, 2026, 5:51 pm
Lonjakan 25 peratus pesakit Zon Kuning punca kesesakan di Hospital Ampang
November 21, 2026, 1:12 pm
Khoo Poay Tiong mohon maaf secara terbuka berhubung hantaran isu penutupan premis hari Jumaat
November 21, 2026, 1:04 pm
Radzi Jidin gesa siasat menyeluruh kes curi kabel terang-terangan di Jalan Tun Razak
November 21, 2026, 12:48 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu warga asing langgar lampu merah
November 21, 2026, 12:40 pm
Dua beradik ditemukan rentung berpelukan dalam kebakaran di Sik
November 20, 2026, 11:33 pm
