TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan perlu pastikan tapak warisan budaya semua kaum diberi perlindungan sama rata – Ketua Pemuda MCA

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 21 Nov. – Kerajaan digesa memastikan semua tapak warisan budaya milik setiap kaum di negara ini diberikan perlindungan yang sama rata, kata Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon ketika merujuk isu premium tanah membabitkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Beliau berkata, tapak warisan bukan sekadar bangunan fizikal semata-mata, sebaliknya melambangkan sumbangan serta pengorbanan generasi terdahulu dalam bidang pendidikan, kebajikan, kebudayaan, ekonomi dan pembinaan negara.

Menurutnya, KLSCAH yang ditubuhkan pada tahun 1923 dan diiktiraf sebagai tapak Warisan Kebangsaan pada tahun 2007 merupakan saksi penting kepada sejarah negara, termasuk sumbangan generasi terdahulu sebelum dan selepas kemerdekaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Perwakilan Pusat Pemuda MCA Ke-26 di sini hari ini yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Tambah Ling, usaha melindungi warisan budaya adalah sebahagian daripada tanggungjawab negara dalam memelihara ciri masyarakat berbilang kaum selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, Malaysia tidak dibina atas satu budaya, kaum atau tradisi semata-mata, sebaliknya kekuatan negara terletak pada kepelbagaian budaya, keunikan tradisi serta keharmonian antara kaum.

Dalam pada itu, beliau turut membidas DAP dengan mendakwa sesetengah pihak cepat menuntut kredit apabila keadaan berjalan lancar, namun membiarkan rakyat menanggung akibat apabila timbul masalah, sambil menegaskan kepentingan rakyat mesti sentiasa diutamakan berbanding publisiti politik.

Turut hadir pada perhimpunan berkenaan ialah veteran parti, Tan Sri Chan Kong Choy dan Datuk Seri Yew Teong Look serta barisan kepimpinan parti dan Pemuda MCA. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset