Berita Berita
Pelajar Tingkatan Satu SBP Kuala Kangsar hilang ditemukan selamat di masjid di Taiping
KUALA KANGSAR, 21 Nov. – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di sini yang dilaporkan hilang sejak petang semalam berjaya ditemukan dalam keadaan selamat kira-kira empat jam kemudian.
Pelajar berusia 13 tahun itu ditemukan polis di sebuah masjid di Taiping sekitar jam 10 malam tadi selepas operasi mengesannya digerakkan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan daripada ibunya pada jam 6.07 petang selepas wanita itu dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pihak sekolah.
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan usaha mengesan dijalankan secara giat bersama pihak sekolah serta ahli keluarga sebelum pelajar itu ditemukan hasil maklumat orang awam dan diserahkan semula kepada ibu bapanya dalam keadaan baik.
Mengulas perhatian umum terhadap insiden itu susulan kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga dari sekolah sama yang dilaporkan Rabu lalu, Heisham menegaskan kedua-dua kejadian tersebut sama sekali tidak mempunyai sebarang kaitan secara langsung mahupun tidak langsung.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan yang boleh menjejaskan siasatan polis. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 21, 2026, 6:20 pm
Kerajaan perlu pastikan tapak warisan budaya semua kaum diberi perlindungan sama rata – Ketua Pemuda MCA
November 21, 2026, 6:06 pm
KPM teliti keperluan tambah pembantu warden dan kaunselor di asrama
November 21, 2026, 5:59 pm
Empat remaja bawah umur ditahan selepas kejar-mengejar dengan polis hingga Simpang Pulai
November 21, 2026, 5:51 pm
Lonjakan 25 peratus pesakit Zon Kuning punca kesesakan di Hospital Ampang
November 21, 2026, 1:12 pm
Khoo Poay Tiong mohon maaf secara terbuka berhubung hantaran isu penutupan premis hari Jumaat
November 21, 2026, 1:04 pm
Radzi Jidin gesa siasat menyeluruh kes curi kabel terang-terangan di Jalan Tun Razak
November 21, 2026, 12:48 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu warga asing langgar lampu merah
November 21, 2026, 12:40 pm
Dua beradik ditemukan rentung berpelukan dalam kebakaran di Sik
November 20, 2026, 11:33 pm
