Berita Berita
Empat remaja bawah umur ditahan selepas kejar-mengejar dengan polis hingga Simpang Pulai
IPOH, 21 Nov. – Empat remaja bawah umur termasuk seorang remaja perempuan ditahan polis selepas disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam kejadian kejar-mengejar di Kilometer 286.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Simpang Pulai, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintenden Mohd Fadzil Ismail berkata, kejadian bermula apabila sepasukan anggota rondaan menerima maklumat daripada pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada jam 4.20 petang bagi membantu Balai Polis Ringlet mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Cherry yang dinaiki sekumpulan individu warga tempatan disyaki terlibat dalam kes melarikan orang.
Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, pemantauan di kawasan Batu 3, Jalan Pahang di Tapah berjaya mengesan kenderaan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang, namun pemandunya enggan berhenti apabila diarahkan sebaliknya bertindak memecut laju sehingga hampir melanggar anggota polis bertugas.
Jelas Mohd Fadzil, anggota polis kemudian mengejar kenderaan suspek hingga ke kawasan Plaza Tol Tapah dan dalam usaha memintas, kenderaan polis telah dilanggar pada bahagian bampar oleh kenderaan dinaiki suspek.
Aksi kejar-mengejar itu diteruskan dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda polis dari IPD Ipoh sebelum kenderaan suspek akhirnya berjaya ditahan di Simpang Pulai dan dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang berusia belasan tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta negatif ujian saringan awal air kencing.
Tiga remaja lelaki terbabit direman selama empat hari bermula hari ini, manakala remaja perempuan berkenaan diberi jaminan polis memandangkan dia turut terlibat dalam satu kes lain yang sedang disiasat di Jitra, Kedah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 279 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 21, 2026, 6:20 pm
Kerajaan perlu pastikan tapak warisan budaya semua kaum diberi perlindungan sama rata – Ketua Pemuda MCA
November 21, 2026, 6:13 pm
Pelajar Tingkatan Satu SBP Kuala Kangsar hilang ditemukan selamat di masjid di Taiping
November 21, 2026, 6:06 pm
KPM teliti keperluan tambah pembantu warden dan kaunselor di asrama
November 21, 2026, 5:51 pm
Lonjakan 25 peratus pesakit Zon Kuning punca kesesakan di Hospital Ampang
November 21, 2026, 1:12 pm
Khoo Poay Tiong mohon maaf secara terbuka berhubung hantaran isu penutupan premis hari Jumaat
November 21, 2026, 1:04 pm
Radzi Jidin gesa siasat menyeluruh kes curi kabel terang-terangan di Jalan Tun Razak
November 21, 2026, 12:48 pm
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu warga asing langgar lampu merah
November 21, 2026, 12:40 pm
Dua beradik ditemukan rentung berpelukan dalam kebakaran di Sik
November 20, 2026, 11:33 pm
