TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Turkiye dah ambil cukup banyak pelarian, belum bersedia terima 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia - Anwar

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 24 Nov – Usaha Malaysia mendapatkan kerjasama Turkiye untuk menempatkan 10,000 pelarian Rohingya belum berhasil apabila negara itu memaklumkan belum bersedia menerima mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau menerima penjelasan secara langsung daripada kerajaan Turkiye dua malam lalu, sekali gus menjawab kekeliruan mengenai kesediaan negara itu menerima pelarian berkenaan.

Beliau berkata usaha mencari negara ketiga adalah sebahagian daripada langkah kerajaan menangani kekangan Malaysia untuk menampung jumlah pelarian yang ramai.

“Saya telah jelaskan, Timbalan Perdana Menteri 1 telah membuat kenyataan berdasarkan keputusan negara mencari tempat negara ketiga kerana kita tidak boleh dan berupaya menampung begitu ramai pelarian.

“Tapi dalam konteks ini, dengan maksud beliau untuk mendapatkan dukungan dari Turkiye, saya dapat penjelasan langsung mereka (Turkiye) tidak bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar berkata Malaysia menghormati pendirian Turkiye, mengambil kira jumlah pelarian yang sudah ditampung negara itu.

“Jadi kita hormat keputusan itu, apatah lagi Turkiye telah mengambil jutaan pelarian malah menjadi negara paling banyak menampung pelarian di dunia,” tambahnya lagi.

Beliau berpandangan isu itu tidak perlu dipanjangkan memandangkan kerajaan Turkiye sudah menyatakan pendiriannya dengan jelas.

+ - reset