TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tahanan rumah Najib: Keputusan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah - AGC

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 24 Nov – Mahkamah akan mendengar hujahan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Badan Peguam Malaysia pada 17 Mac 2027 berhubung permohonan kebenaran untuk mencabar perintah tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

AGC dalam kenyataan pada Selasa berkata pihaknya membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman itu ketika pendengaran pada 12 November lalu.

Menurut AGC, bantahan itu dibuat atas alasan bahawa keputusan yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Hujahan pihak-pihak akan didengar pada 17 Mac 2027. Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara akan terus mempertahankan institusi diraja dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dalam setiap tindakan yang diambil," menurut kenyataan itu.

Badan Peguam Malaysia memfailkan permohonan itu bagi mencabar perintah tahanan di rumah terhadap Najib yang dititahkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-64.

Pada 10 November lalu, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd di kediamannya di Langgak Duta menerusi tahanan di rumah, berkuat kuasa serta-merta.

Pada 6 November lalu, Najib selesai menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

+ - reset