TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hasrat sediakan hidangan hari lahir anak tak kesampaian, ibu maut motosikal terbabas di Kangar

By
|
Kongsi
image

 

KANGAR 24 Nov – Seorang pekerja kantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh sebatang pokok ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Simpang Empat, petang Isnin.

Noryshah Umar, 47, yang tinggal di Kampung Tebuk Tengah, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas di Jalan Kampung Tebuk Tengah.

Mangsa difahamkan sempat singgah membeli bahan masakan untuk menyediakan hidangan sempena sambutan hari lahir anaknya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115ZR dari arah Jalan Kampung Serdang menuju ke Kampung Tebuk Tengah.

"Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sendiri ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

"Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata nahas berlaku di jalan lurus satu lorong dua hala ketika cuaca baik dan permukaan jalan kering. Bahagian hadapan motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pada jam 9 malam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

+ - reset