Berita Berita
Polis rakam keterangan enam individu kes dakwaan gangguan seksual di set penggambaran
KUALA LUMPUR, 24 Nov. – Pihak polis telah merakam keterangan seramai enam individu berhubung dakwaan seorang pelakon wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh pelakon lelaki ketika sesi penggambaran sebuah drama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, individu yang telah diambil keterangan setakat ini merangkumi pengadu, suspek, tunang pengadu yang juga pembantu peribadinya, pengarah drama serta dua orang saksi yang bertugas sebagai jurukamera.
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, pihak polis turut merancang untuk merakam keterangan kira-kira 25 lagi saksi terdiri daripada kru penggambaran secara berperingkat mengikut kesesuaian masa memandangkan mereka kini bertugas dengan produksi lain.
Terdahulu, polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan selepas pelakon wanita berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 19 November lalu berhubung insiden yang didakwa berlaku sekitar Ogos lepas.
Sementara itu, pelakon lelaki yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku tersebut turut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang susulan isu berkenaan.
Menerusi hantaran di laman Instagram pengurusnya sebelum ini, pihak pengurusan pelakon lelaki terbabit memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan menafikan sebarang salah laku di set penggambaran kerana artis di bawah kendaliannya sentiasa mengamalkan sikap profesionalisme. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 24, 2026, 7:29 pm
Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun
November 24, 2026, 5:58 pm
Sembelih ayam di lorong belakang, buang sisa dalam longkang: DBKL tutup lima premis di Pasar Pudu
November 24, 2026, 5:39 pm
Pengusaha kantin MRSM Tun Ghafar Baba berdepan tindakan senarai hitam jika terbukti cuai
November 24, 2026, 5:20 pm
Rakyat Malaysia kini boleh perbaharui pasport menerusi aplikasi MyGOV Malaysia
November 24, 2026, 4:32 pm
